Testimoni.
Buku ini dapat membantu pembaca untuk menempuhi kehidupan yang penuh cabaran dan tanda tanya tanpa ketakutan atau keraguan. Bagi mereka yang ingin merubah cara dan hala tuju diri, buku ini adalah WAJIB untuk dibaca. 100% recommended! Saya sendiri telah menggunakan saranan dan teknik - teknik dalam buku ini yang merubah kehidupan saya.
Anda Berhak Hebat! sememangnya sebuah buku yang hebat yang mesti dimiliki dan dibaca oleh setiap orang yang matang. Sebuah buku yang sangat baik. Membacanya seperti ‘seorang doktor’ yang menyedarkan kita tentang kelemahan dan kekuatan dalam diri kita yang kita tidak sedari selama ini. Sewaktu saya membacanya di dalam kapal terbang, seorang penumpang di belakang saya curi-curi membacanya. “Tengok judulnya sahaja sudah menarik” katanya. Sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat untuk menjadi insan yang hebat.
Untuk hebat di sisi manusia dan yang teragung di sisi Pencipta, Al-Quran dan Sunnah adalah rujukan utama. Namun, buku ‘Anda Berhak Hebat!’ adalah karya yang mampu melengkapkan pencarian ilmu dan panduan untuk meneroka keistimewaan diri sendiri. Kaedah dan cadangan yang dikongsikan dapat memacu diri anda untuk bertindak sebaik mungkin agar sentiasa hebat dalam menghadapi cabaran yang merentasi dan zaman. Setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya senaskah rujukan yang amat berharga ini. Hadiahkan kepada orang tersayang supaya mereka berpeluang menikmati kehidupan yang hebat impian setiap insan.