Testimoni

Apa kata mereka yang telah mendapatkan buku "Anda Berhak Hebat".

Testimoni.

Kapten (B) Sudirman Ahmad Pakar Motivasi Mantan Pegawai RGK (Komando)

Dalam buku yang hebat ini, penulis merangsang kita dengan idea yang boleh dipraktikkan. Beliau menggabungkan sains aplikasi motivasi Barat dengan falsafah kehidupan Timur berlandaskan nilai-nilai keagamaan. Buku ini memberi anda sebab untuk berada di alam ini atau 'the reason for being'.

Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin Pelakon dan Pengarah Filem

Kita boleh membuat pilihan untuk menuju kejayaan dengan berpandukan nilai-nilai yang luhur sebagai landasan. Kita akan dibawa oleh pengarang kepada satu pendekatan baharu dan bersedia untuk menghadapi cabaran era globalisasi.

Ch. Suzana Jaffar Master Trainer NLP | Professional Coach

Buku ini dapat membantu pembaca untuk menempuhi kehidupan yang penuh cabaran dan tanda tanya tanpa ketakutan atau keraguan. Bagi mereka yang ingin merubah cara dan hala tuju diri, buku ini adalah WAJIB untuk dibaca. 100% recommended! Saya sendiri telah menggunakan saranan dan teknik - teknik dalam buku ini yang merubah kehidupan saya.

Hj Fadzilah Ariffin Pengasas / Ketua Eksekutif Kumpulan Syarikat Taaveekun

Anda Berhak Hebat! sememangnya sebuah buku yang hebat yang mesti dimiliki dan dibaca oleh setiap orang yang matang. Sebuah buku yang sangat baik. Membacanya seperti ‘seorang doktor’ yang menyedarkan kita tentang kelemahan dan kekuatan dalam diri kita yang kita tidak sedari selama ini. Sewaktu saya membacanya di dalam kapal terbang, seorang penumpang di belakang saya curi-curi membacanya. “Tengok judulnya sahaja sudah menarik” katanya. Sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat untuk menjadi insan yang hebat.

Profesor Dr Zuraeda Ibrahim Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar UiTM

Untuk hebat di sisi manusia dan yang teragung di sisi Pencipta, Al-Quran dan Sunnah adalah rujukan utama. Namun, buku ‘Anda Berhak Hebat!’ adalah karya yang mampu melengkapkan pencarian ilmu dan panduan untuk meneroka keistimewaan diri sendiri. Kaedah dan cadangan yang dikongsikan dapat memacu diri anda untuk bertindak sebaik mungkin agar sentiasa hebat dalam menghadapi cabaran yang merentasi dan zaman. Setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya senaskah rujukan yang amat berharga ini. Hadiahkan kepada orang tersayang supaya mereka berpeluang menikmati kehidupan yang hebat impian setiap insan.

Anda Berhak Hebat

antara yang telah mendapatkan buku nak four flat tak ?

error: Content is protected !!